Assalamualaikum semua, memandangkan banyaknya permintaan yang menginginkan aku utk menyambung penulisanku ini, aku akan sambung, tapi mungkin tidak sekaligus menghabiskan penulisanku berkenaan tajuk ini. Aku mintak maaf ya semua.
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaualn yang ditegah oleh islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti YAHOO MESSENGER(YM), SMS, e-mail, dan friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan . Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja. Kadang-kadang perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredehaan manusia dalam kemurkaan Allah.Apabila wujud golongan yang menegah dan menunujukan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbulah konsep syahid. Sememangnya islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.Adakah salah seorang nisa` dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa` terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka..."(An-nur:30) "dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang beriman yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka..." (An-nur:31)