Memaparkan catatan dengan label perjuangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjuangan. Papar semua catatan

Adakah Anda Tahu?

|

Tragedi Hitam Deir Yassin

Adakah anda tahu?



(Tragedi hitam Deir Yassin dalam kenangan)

Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media proksi Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, sudah terlalu banyak kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa. Tragedi Deir Yassin yang berlaku 63 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Di manakah letaknya Deir Yassin ?


Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?

Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Pengganas Haganah Zionis menghalau rakat Palestin keluar dari negara mereka sendiri

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin

Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.

Apa kata saksi tregedi Deir yassin yang terselamat ?


Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,” Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Angka korban yang besar

Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.

Siapakah arkitek kepada tragedi ini?

Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.


Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata,“Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.

Kesan Deir Yassin

Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.

6 dekad selepas Deir Yassin

Kini telah 63 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.

Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?


Semoga al Aqsa dan Palestin terus terbela !

Ujian Allah

|

Assalamualaikum, jom kita muhasabah diri!!!


Kenapa Kita DiUji?

"..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah:214)

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)

"..Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." (Muhammad:31)

"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)

"..Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Taha:131)

"..Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat). (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

"..Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya)." (Al-Fajr:14-17)

"..Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Az-Zumar:49)

Kenapa Doa Tidak DiMakbulkan? "..Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

Kenapa UjianNya Berat? - "..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)

Bagaimana Menghadapi Ujian Allah s.w.t.?

"..Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:153)

"..Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah:45)

"..Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al- Baqarah:155)

"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran:200)

"..(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (Al-Nahl:96)

Kepada Siapa Yang Boleh DiHarapkan?

"..Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." (Al-Kahf:17)

"..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar". (At-Taubah:129)

Jangan Putus Asa! - "..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

Titian fitrah & Al-aqsa

|

Assalamualaikum w.r.tullah kepada semua pembaca, moga sihat walafiat hendaknya. Moga juga kita terus berjuang menyelamatkan ummah dari keciciran, ketergelinciran dari titian fitrah yang lurus. Sememangnya, manusia ini diciptakan berfitrah. Salah satu fitrah yang paling penting, adalah fitrah yang berkehendakkan suatu kuasa yang maha agung:

Maksudnya : "Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih." (QS 17:67)

Maksudnya : "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"," (QS 7:172)

Maka, kita dapat lihat daripada dua ayat ini, sebenarnya, manusia itu, memang telah diciptakan berfitrah iaitu fitrah bertuhan. TIdak kira apa jua bangsa, warna kulit atau pun penganut agama apa sahaja, semua manusia mempunyai fitrah/naluri bertuhan yang satu. QS 17:67 telah menceritakan, apabila manusia itu diletakkan di tengah lautan dalam keaadan bahaya, manusia itu akan menyeru hanya Dia iaitu Allah. QS 7:172 pula telah menceritakan detik-detik masa manusia itu ketika di alam ruh, semuanya telah bersumpah dengan menyaksikan bahawa Allah itu adalah tuhan mereka.

Jadi, wahai anak adam sekalian, fikir dan renungkanlah diri kita ini, sudahkah kita berada di Titian Fitrah ini dengan sepenuh jiwa dan raga kita?

---------------------------------------------------------------------------------------------

YANG MANA SATU MASJID AL-AQSA?


Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan ‘Dome’ itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.


Keduanya berada dlm kawasan Masjidj Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

SUMBER : http://aqsasyarif.com/artikel/kenali-masjid-al-aqsa/

Al-Aqsa

|



Lirik nasyid Al-Aqsa

Jauhku melihat sayup pemandangan
Hilang senda tawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
Islamku ditindas sehari-harian
Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
Semoga turun kutukan Tuhan

(chorus)

Al-Aqsa ... Al-Aqsa ... air matamu berderai
Al-Aqsa ... Al-Aqsa ... kemuliaanmu terburai

Duhai Al-Aqsa ku rindu padamu
Duhai Al-Aqsa ku sayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin di zaman yang silam
Namun hari ini kau terkurung lagi
Siapa pula kan memerdekakannya

(chorus)

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai

Wahai umat Islam di seluruh dunia
Ayuh bebaskanlah bumi suci kita
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan

(chorus)

'Journey' to the South

|


1.


2.


3.


4.

Assalamaualaikum kepada semua pembaca budiman yang dikasihi sekalian,

ingin ku'update' serba sedikit blogku ini, aku kali ini ingin mengubah sedikit gaya penulisanku, kuingin tulis kisah diriku bukan untuk beromongan kosong, tapi ingin dikongsi dan dimuhasabahi akan stiap apa yg berlaku.

Baru-baru ini, aku dan beberapa saudara "tukang jahit" ku telah ber'journey'(jaulah) ke selatan smnnjung mlysia atas beberapa tujuan tertentu yang penting. (Aku tidak akan menceritakan apa yang kulakukan, tetapi merujuk kepada gambar2 di atas, akan ku kupas sedikit tentang yang berlaku di 'jaulah' kami ini dan gambar2 itu).

Merujuk kepada gambar no 2., kereta honda civic. Kami telah berjaulah dengan kereta itu. Sepanjang perjalanan, macam2 event atau situasi yang menyayat hati, mengimbau diriku yang dulu. Ada rakanku yg di seat belakang, tidur kepala mereka beralaskan kepala yg lain sesama sendiri(boleh bayangkn?). Aku yg ketika itu mnjd co-pilot, mnjd teman setia pilot, berbual untuk meningkatkan "fillah" kami (bg sape2 yg xphm ley tny "fillah" tu apa). Yang aku nak kaitkan di sini ialah, tentang firman Allah dalam surah 49:10,


Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara; maka perelokkan antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani."

Betapa "fillah" ku rasa sepanjang 'journey' kami.

Merujuk kepada gambar no 4. pula, satu cerita yang kelakar dan menakutkan. Hari ke-2 kami, dihiasi dengan sarapan sate+nasi lemak+mee rebus. Aku meng'order' nasi lemak kerna ia kelhtn bgitu menarik sekali (nafsuku sedikit menguasai diri tika ini). Sesekali kucuba telan nasi lemak itu, tanpa disedari terdapat ikan bilis yang tersangkut di bronchusku. tika itu aku terasa seperti ingin mati, mati tercekik?rasa takut+kelakar hinggap di benak pemikiranku. takut kerana ku rasa diri ini belum cukup bekalan ke dunia sana, kelakar kerana tercekik ikan bilis. Tapi, tika itu juga, satu firman Allah hinggap di satu celah pemikiranku iaitu dalam surah [3:185], boleh rujuk pada entryku sebelum ini untuk maksud ayat. Betapa ku fikir, mati itu boleh berlaku di mana2, bila2 tanpa disedari. Alhamdulillah, Allah yang Maha luas rahmat-Nya memberikan ku peluang untuk meneruskan penyambungan rantai dakwah di dunia ini.

Merujuk kepada gambar no 2., prism: warna putih terpecahnya beberapa warna. Aku ibaratkan putih itu islam yang melambangkan fitrah manusia. warna2 lain itu melambangkan bermacam2 jemaah yang mengaku islam di dunia ini. Pada hari ke-2 'journey' kami, kami singgah di rumah seorang pakcik lama yang berpengalaman yang mana pakcik itu adalah bapa kepada seorang saudara "tukang jahit" ku. Dia menceritakan tentang fenomena2 yang berlaku di dunia terutamanya di timur tengah. Umat islam di sana berlaga2 atas nama jemaah?atau apa?apa yang dicari sebenarnya. Aku sering dan selalu memikirkan, bagaimana islam ingin naik kalau umatnya sendiri tidak bersatu?Ayuh bersatulah saudara2 seislam seaqidah denganku!kita jadikan warna2 berlainan itu kepada satu warna iaitu putih!

Merujuk kepada gambar no 1, yang terakhir. Melambangkan tersusunnya baris dan lajur dalam satu skuad kawad, dikaitkan dengan kita yang beroganisasi, perlulah tersusun dan mengukuhkan. Seperti yang difirmankan Allah dalam surah [61:4] ,



Maksudnya : " Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan-barisan, seakan-akan mereka sebuah bangunan yang padu "

Saidina Ali pernah menyebut " kebaikan yang tidak terancang akan mudah dikalahkan oleh kejahatan yang terancang rapi". Jadi dalam apa jua yang kita lakukan, mesti lah dirancang dan yang paling penting, apa yang dirancangkan itu diamalkan!.

wallahu'alam




Palestin itu jauh dari kita

|



Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

sumber asal : muharikah.wordpress.com

renungan buat diri

|

engkau ingin berjuang,

tapi tidak mampu menerima ujian


engkau ingin berjuang,

tapi rosak oleh pujian,


engkau ingin berjuang,

tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

engkau ingin berjuang,

tapi tidak begitu setia kawan

engkau ingin berjuang,

tapi tidak sanggup berkorban,

engkau ingin berjuang,

tapi ingin jadi pemimpin,

engkau ingin berjuang,

menjadi pengikut agak segan

engkau ingin berjuang,

tolak ansur tidak engkau amalkan

engkau ingin berjuang,

tapi tidak sanggup terima cabaran

engkau ingin berjuang,

kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

engkau ingin berjuang,

tapi tidak mampu menerima ujian

engkau ingin berjuang,

tapi rosak oleh ujian

engkau ingin berjuang,

tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

engkau ingin berjuang,

masa tidak sanggup engkau luangkan

engkau ingin berjuang,

kerenah isteri tidak engkau tahan

engkau ingin berjuang,

rumah tangga lintang pukang

engkau ingin berjuang,

diri tidak engkau tingkatkan

engkau ingin berjuang,

disiplin diri engkau abaikan

engkau ingin berjuang,

janji kurang engkau tunaikan

engkau ingin berjuang,

kasih sayang engkau cuaikan

engkau ingin berjuang,

tetamu engkau abaikan

engkau ingin berjuang,

anak isteri engkau lupakan

engkau ingin berjuang,

ilmu berjuang engkau tinggalkan

engkau ingin berjuang,
kekerasan engkau amalkan

engkau ingin berjuang,
pandangan engkau tidak selaraskan

engkau ingin berjuang,
rasa bertuhan engkau abaikan

engkau ingin berjuang,
iman dan taqwa engkau lupakan

yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-