Al-Aqsa

|



Lirik nasyid Al-Aqsa

Jauhku melihat sayup pemandangan
Hilang senda tawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
Islamku ditindas sehari-harian
Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
Semoga turun kutukan Tuhan

(chorus)

Al-Aqsa ... Al-Aqsa ... air matamu berderai
Al-Aqsa ... Al-Aqsa ... kemuliaanmu terburai

Duhai Al-Aqsa ku rindu padamu
Duhai Al-Aqsa ku sayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin di zaman yang silam
Namun hari ini kau terkurung lagi
Siapa pula kan memerdekakannya

(chorus)

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai

Wahai umat Islam di seluruh dunia
Ayuh bebaskanlah bumi suci kita
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan

(chorus)

2 comment:

-man ana- berkata...

Untuk makluman semua pendengar, penulis meminati lagu ini, dan penulis hanya menjumpai video ini untuk dikongsikan pada semua pendengar, jadi, segala yang ada di dalam video ini mungkin ada kaitan dengan penulis, mungkin juga tidak. wassalam.

lily_lolypop berkata...

kat mana persembahan nie?

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-