Titian fitrah & Al-aqsa

|

Assalamualaikum w.r.tullah kepada semua pembaca, moga sihat walafiat hendaknya. Moga juga kita terus berjuang menyelamatkan ummah dari keciciran, ketergelinciran dari titian fitrah yang lurus. Sememangnya, manusia ini diciptakan berfitrah. Salah satu fitrah yang paling penting, adalah fitrah yang berkehendakkan suatu kuasa yang maha agung:

Maksudnya : "Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih." (QS 17:67)

Maksudnya : "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"," (QS 7:172)

Maka, kita dapat lihat daripada dua ayat ini, sebenarnya, manusia itu, memang telah diciptakan berfitrah iaitu fitrah bertuhan. TIdak kira apa jua bangsa, warna kulit atau pun penganut agama apa sahaja, semua manusia mempunyai fitrah/naluri bertuhan yang satu. QS 17:67 telah menceritakan, apabila manusia itu diletakkan di tengah lautan dalam keaadan bahaya, manusia itu akan menyeru hanya Dia iaitu Allah. QS 7:172 pula telah menceritakan detik-detik masa manusia itu ketika di alam ruh, semuanya telah bersumpah dengan menyaksikan bahawa Allah itu adalah tuhan mereka.

Jadi, wahai anak adam sekalian, fikir dan renungkanlah diri kita ini, sudahkah kita berada di Titian Fitrah ini dengan sepenuh jiwa dan raga kita?

---------------------------------------------------------------------------------------------

YANG MANA SATU MASJID AL-AQSA?


Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan ‘Dome’ itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.


Keduanya berada dlm kawasan Masjidj Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

SUMBER : http://aqsasyarif.com/artikel/kenali-masjid-al-aqsa/

0 comment:

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-