Ghuzwatul Fikri

|

Ghazwul Fikri (Serangan Pemikiran) dilakukan oleh orang kafir terutama orang Kristian kepada Ummah Islam. Usaha ghazwul fikri kepada ummah Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak kuffar dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut semasa seperti semasa perang Salib.

Penaklukan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi

Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak kuffar berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak kafir itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.

Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.

Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Islamiyah dilaksanakan oleh pihak Kristian dan Orientalis mengikut beberapa peringkat.

Orientalis Barat yang melenyapkan islam dari Aceh

1) Peringkat sebelum jatuhnya Khilafah

Objektif utama Ghazwatul Fikri sebelum jatuhnya Khilafah Islamiyah adalah menjadikan Umat Islam lemah (al inhilal). Untuk mencapai objektif ini, pihak kafir melakukan kajian terhadap hal ehwal orang-orang di timur dan juga Islam. Kemudian mereka mempelajari ruang-ruang kelemahan Umat Islam (al istisyrok). Langkah berikutnya, kalangan orientalis yang juga adalah pihak kristian berusaha melakukan pengkristianan terhadap Umat Islam (at tansir). Kemudian akhirnya berusaha memutuskan sendi-sendi daulah Khilafah (taqti’ awsal daulah al Khilafah).

Ghazwatul fikri yang sistematik dan bertahap dimulai dengan pengiriman buku-buku dan pakar-pakar orientalism dan kristian ke dalam masyarakat umat Islam. Cara ini bertujuan agar secara perlahan-lahan Umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat dijadikan sebagai rujukan. Penampilan mereka dalam membawa fikrahnya tentulah dengan cara yang menarik sehingga Umat Islam terpikat dan terikat dengannya. Bahkan ada diantara mereka yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara mendalam. Beberapa orang diantara mereka ada yang menjelma sebagai ulama Islam.

Selain itu mereka juga menerima secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai model dan teladan yang dijadikan ikutan. Cara ini cukup berjaya kerana umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi percaya kepada khilafah Islam. Keadaan ini berlaku sebelum kejatuhan Khilafah Islamiyah. Negeri-negeri Islam di bawah Khilafah Islamiyah mulai memutuskan hubungannya dengan kerajaan pusat. Di Kerajaan Pusat pun berlaku dengan muncul Tokoh Sekularisme, Kamal Atartuk yang sehingga ke hari ini senantiasa ada yang memperjuangkan dan mempertahankan fikrahnya.

Khalifah Islam yang terakhir

2) Peringkat Ketika Jatuhnya Khilafah

Objektif Ghazwatul fikri berikutnya adalah menjajah Khilafah Islamiyah (al ihtilal). Usaha untuk mencapai objektif ini adalah meneruskan usaha pada marhalah sebelumnya (al istsyrok dan at tansir) kemudian memisahkan agama dari daulah (fasluddin anid daulah) dan menyebarkan semangat nasionalisme (nasyru qowmiyah). Akhirnya dari langkah ini adalah jatuhnya Khilafah (Isqotu al Khilafah).

Pada saat jatuhnya khilafah Islamiyah, usaha pihak kafir adalah menumbuhkan fahaman nasionalis iaitu kefahaman yang berdasarkan kesukuan dan perkauman. Kesatuan umat Islam yang berdasarkan aqidah, penyatuan semua kaum, suku dan golongan kini telah menjadi hancur ke atas kaum dan puak. Umat Islam semakin lemah dam khilafah Islamiyah jatuh. Pemikiran menjauhkan agama dari Kerajaan Islam juga isu utama yang disebarkan kepada umat Islam. Muslim mula berfikir bahawa agama untuk akhirat dan kerajaan untuk dunia, sehingga tidak lagi mementingkan kerajaan atau kuasa tetapi cukuplah sekadar Sholat dan beribadah tanpa menyebut masalah negara.

3) Peringkat Sesudah Jatuh Khilafah

Objektif ghazwatul fikri setelah jatuhnya khilafah Islamiyah adalah perubahan-perubahan (at taghyir) dalam politik (as siyasi), sosial (al ijtima’i) dan tingkah laku (al khuluqi). Perubahan-perubahan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti :-

  • Istisyrok (Usaha mengkaji hal ehwal orang timur)
  • At tansir (Kristianisasi)
  • La diniyah (Fahaman tiada agama)
  • Kaumiyah (Perkauman)
  • Taghrib (Pembaratan)

Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan melalui

  • pendidikan (At ta’alim)
  • media (Al I’lam)
  • perundangan (al Qonun)

Sesudah jatuhnya khilafah Islamiyah, Ghazwatul fikri terus berjalan dengan maksud dan tujuan yang lain dari peringkat sebelumnya iaitu menyebarkan pemikiran sekular di segala bidang seperti pendidikan, pengajaran, penerangan, perundangan dan kehidupan. Juga isu persamaan hak dan pembebasan wanita sebagai isu yang dijadikan peluru dan sekaligus sasaran empuk dalam menghancurkan Islam. Kemudian yang juga sangat dirasakan adalah semakin menguat rasa nasionalis umat Islam di setiap negara Islam.

Maka, adakah kita sedar, we as muslims should aware about this thing. Apa yang sedang kita buat sekarang?adakah kita sedar yang kita sedang ber"perang"?Ataupun kita telah tewas dalam "Peperangan" itu?Ayuh Fikirkanlah dan BANGKITLAH!

Sumber

2 comment:

van der shraaf berkata...

ko tulis sume ni ek? terbaik lah! thanks atas sume info yg amat berguna.jazakallahukahair

-man ana- berkata...

van der shraaf, tak perasan pulak ko reply post ni... kan ada sumber bawah tu... huhu.. :)

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-