Manusia = Pokok?

|



Assalamualaikum, alhamdulillah, syukur yang tak terhingga, kita diberi nikmat Islam oleh Allah. Apa khabar iman kita? Moga kita masih disinari dengan iman dan ketaqwaan dengan sebenar2 iman dan ketaqwaan. Anda dapat lihat tajuk post ini, bukan?Manusia = pokok?atau erti kata lain. Manusia ibarat pokok? Sebelum jawapan diberikan. Mari kita tanya survey, apakah yang anda faham dengan manusia itu ibarat pokok? Minta kerjasama anda semua untuk komen di ruangan komen ya. Tak rugi menjawab soalan itu. Allah juga menyuruh kita untuk berfikir, fikir yang macam mana?fikir yang insyaAllah meningkatkan iman kita. Moga segala usaha anda untuk mengkomen diberkati dan diredhai Allah. Silakan ke ruangan komen :)

11 comment:

Syed M. berkata...

Peribahasa melayu:
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Manusia ni suka kejar-mengejar antara satu sama lain...besaing sesama sendiri. Siapa hebat, siapa kaya, siapa kuat. tu la yg ana faham. :)

Tanpa Nama berkata...

jika kamu ingin merancang untuk 1 tahun, tanamlah gandum...

jika kamu ingin merancang utk 10 tahun, tanamlah pokok...

jika kamu ingin merancang utk 1000 tahun, tanamlah manusia...

pepatah cina...

Tanpa Nama berkata...

pokok yang ada buah banyak manfaatnya. sebagai contoh bg manusia makan buah-buahan dia yg manis enak dan sedap. kiranya ada manfaatnya....


sama juga dengan manusia, manusia Allah ciptakan sangat bijak...oleh itu apa gunanya jika kita x bg manfaat pada orang lain dengan segala knowledge or skill yg ada kt diri kita...
hehe...tu je ler......

aifa adnan berkata...

assalamualaikum..
teringat ana dgn sbuah lagu ni,
brothers - pohon hijau :

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan


Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan


Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

_________________________
maksudnya disini,manusia = pokok.pokok atau pohon diibaratkan sama seperti manusia..

jazakallah..

Tanpa Nama berkata...

pokok..hmm

mungkin boleh tgok dr sudut,apakah yg dperlukan oleh pokok utk tumbuh,membesar dgn baik,dahan kuat,keluarkan buah?

chy mthari yg cukup,tanah,air,CO2

mcm tu jgk manusia.
nak bentuk manusia yg lengkap sudut aqidahnye,akhlaknye,perlukan tarbiyyah yg fungsi die sama mcm fungsi chy mthri,air,udare kpd pokok..

-man ana- berkata...

Assalamualaikum,
mantap2 jawapan anda semua mantap2:
@daierider : bagus idea anda itu, cumanya kurang tepat (kalau ikut jawapan ana la) ;)
@xhensemtpmacho : ana suke part yg 1000 tahun tu.
@Anonymous : mantap2.manusia kena beri manfaat. tp kan, manusia ni xkn lahir2 terus boleh beri manfaat pd org lain?
@aifa : mantap idea anda, cuma juga, kurang tepat. tapi suka juga perumpaan itu, hakikat kehidupan itu, adanya alam kehidupan di dunia, dan adanya alam kehidupan di akhirat. Dari pokok yg berada di daratan, bergerak menuju ke tengah lautan, dua alam berbeza. Mungkin boleh jadi pengajaran buat kta, kita tak sedar bila kita akn mati, so berjaga2 lah.
@Anonymous : mantap2.. :)

Yang lain2?malu2 ke nak komen?ruang komen ni dibuka seluas2nya untuk semua pembaca...

fieqa berkata...

salam,
just nak mencelah sikit.

manusia ibarat pokok.

pokok y ada akar y kuat,so that pokok bleh tertegak kt ats muka bumi, seperti itu juga manusia,
perlu aqidah y sohih ntok jadi individu muslim.

cam dlm ayat al-quran Allah ad kata,

"tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat y baik, seperti pohon y baik, akarnya kuat dan cabangnya (m'julang) ke langit,

pohon itu m'hasilkan buahnya pd stiap waktu dan seizin Tuhannya. dan Allah m'buat perumpamaan itu untk mnusia agar mereka sllu ingat"
(Ibrahim,14:24-25)

setiap waktu m'hasilkan buah, bgitu juga KITA, sentiasa m'lahir dan m'bentuk manusia IA

wallahu'alam..

maaf klo kurang tepat.

Tanpa Nama berkata...

manusia ibarat pokok..jika kuat akar pokok tu, kuat la pokok tu..sme la mcm manusia..akar tu umpama iman manusia..hee~:D

Tanpa Nama berkata...

analogi pokok getah tau laa syeikh.. hehe :D

Tanpa Nama berkata...

betulkah manusia ibarat pokok?
walhal pokok taat kepaada perintah penciptanya, dan kita manusia ingkar dengan suruhan dan tegahann-Nya..
ayuh renungkan..

Amin Roseli berkata...

manusia=pokok ek..
nak dari pandangan mana tu?

*****
Pandangan 1:
Manusia, hidup berjemaah boleh diibaratkan sbg sebatang pokok...
Apabila akar sebagai Islam, dahan sebagai cabangan dakwahnya dan daun, buah sebagai amalannya..

Contohnya mcm ada pelbagai NGO, platform yg membawa Islam itu diibaratkan sbg cabangan dahan itu..

Pandangan 2:
Iman=Akar
Dahan=Ibadah (wajib mahupun sunat)
Daun, Buah=Akhlak

Pokok seperti seorang manusia

Pandangan 3:
"Jadilah seperti sebatang pohon yang rimbun. Apabila dibaling batu, berikanlah kepada mereka buah-buahanmu"

Pandangan 4:
Betul ke manusia sama dengan pokok?
Padahal pokok taat kepada pencipta, sedangkan manusia leka sehingga ingkar terhadap suruhan dan tegahan-Nya..

hmm.. Nau'zubillah moga dijauhkan daripada sifat ini..
*****

P/S:Semua pandangan adalah bersih dari diri sendiri, maaf jika ada yang diutarakan tidak menyenangi mana-mana pihak.

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-