Uswah hasanah, Qudwah solihah.

|

“Ummati…ummati…ummati…” lelaki ini, pada saat akhir kematiannya pun, masih mengingati tentang manusia-manusia lain. Masakan tidak, manusia ini yang selama 23 tahun menyebarkan islam, mendidik dan mentarbiyah para manusia sekelilingnya ketika itu, sangat-sangat sayang akan manusia di sekelilingnya dan menariknya juga menyayangi akan manusia-manusia yang akan lahir selepasnya. Hingga kini namanya, percakapannya, aktivitasnya dan seluruh kehidupannya menjadi contoh dan ikutan oleh manusia-manusia selepasnya. Siapakah dia? Dialah manusia agung yang dilantik oleh Allah untuk meneruskan pembawaan risalah islam ke seantero dunia fana ini dan juga merupakan sang murabbi yang “kana khuluqul quran” yang bermaksud, dia itu berakhlak al-quran. Maka semestinya, kita ini ummat yang mengaku “islam” dan bukannya “Islam”, sepatutnya sudah kenal akan uswah hasanah, qudwah solihah ini yang diberi nama Muhammad.

Bercakap tentang Muhammad khatimul anbiya’(penuntup nabi-nabi) ini, memang tidak dapat disangkal tentang kekamilan akhlaknya. Maka mata pena kami di sudut uswah pada kali pertama ini akan cuba mengupas salah satu sifat mahmudah Muhammad, sang murabbi yang agung ini iaitu suatu sifat yang dinamakan Al-‘Afwu yang bermaksud pemaaf. Sungguh, memang tidak dapat digambarkan, betapa pemaafnya baginda ini hinggakan dengan sifat pemaafnya ini, tersentuh hati kuffar pada zaman hidupnya baginda sehingga melafazkan lafaz syahadatain lalu memeluk Ad-dinul islami (cara hidup islam). Indah bukan? Hanya dengan sifat pemaaf ini, boleh mengislamkan orang lain.

Saudara-saudara seaqidahku,

Ayuh, kita rujuk kembali sirah kehidupan ar-rasul kita, Muhammad. Di situ dapat kita lihat banyak contoh-contoh yang berkait langsung dengan sifat pemaaf baginda. Salah satunya ialah kisah perjalanan nabi ke Thoif, suatu perjalanan untuk menyebarkan islam ke daerah Thoif. Kami bawakan kisah ini dengan bersumberkan sebuah buku sirah bertajuk Ar-Raheeq Al-Makhtum. Mungkin boleh kita bertaaruf sedikit dengan penulis kitab sirah ini. Penulisnya ialah Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy dari India. Penulis ini pernah menyertai satu pertandingan seerah rabitah alam islam di mekkah dan dinobatkan sebagai johan pertandingan itu lantaran sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh penulis untuk menulis buku ini. Makanya, kita boleh mengambil input-input penting dari buku seerah Ar-raheeq Al-Makhtum ini sebagai rujukan seerah rasulullah kita.

Dan bermulalah perjalanan baginda ke Thoif, ditemani oleh seorang pemuda yang sangat kuat hammasatu syabab (semangat pemuda)nya, Zaid bin harithah. Baginda di Thoif, untuk menyampaikan risalah kebenaran islam itu, singgah di setiap penjuru yang terdapat padanya manusia dan tidak meninggalkan seciput pun kawasan yang tidak didakwahnya. Hasilnya, penduduk di situ tidak langusung menghiraukan seruan baginda itu, malah lagi dihina, dicerca, diseksa dan dilempar dengan batu kepada Muhammad Rasulullah itu. Sampaikan darah menitis-nitis dengan banyaknya. Rasulullah berlari mencari perlindungan dan akhirnya selamat keluar dari bumi Thoif. Diriwayatkan di dalam sahih bukhari berkenaan kisah ini, setelah baginda telah selamat dari lemparan-lemparan batu seksaan itu, baginda mendongak ke langit dan awan pon berubah menjadi gelap. Malaikat Jibrail turun membawa pesanan dengan memberitahu pada baginda bahawasanya Allah mendengarkan tohmahan-tohmahan penduduk thoif itu, maka Allah datangkan Malaikat-malaikat penjaga bukit, baginda diberi kuasa untuk memberi arahan kepada malaikat penjaga gunung itu sama ada untuk menerbalikkan dua bukit di mekah, Al-Akhsyabain ke atas penduduk Thoif itu. Baginda lantas menyebutkan, “Aku tidak butuh semua itu, aku cuma mengharapkan agar zuriat-zuriat yang lahir daripada keturunan penduduk Thoif itu adalah benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.” .Subhanallah!! betapa pemaafnya baginda, walaupun dicerca, dihina, ditohmah dan diseksa sebegitu rupa, baginda masih mengharapkan mereka itu diampunkan dan beriman kepada Allah Azza wa jall.

Ikhwanii (saudaraku),

apa kata anda jika kita menanamkan sifat pemaaf ini ke dalam jiwa-jiwa gersang kita? Menanamkan sifat-sifat mahmudah ke dalam jiwa ibarat kita membajai tanah-tanah tanaman dengan fertilizer agar pohon yang ditanam di tanah itu mengeluarkan buah-buah yang manis untuk dimakan oleh manusia-manusia lainnya. Hanya orang-orang yang hatinya, penglihatannya dan pendengarannya yang ditutup oleh Allah itu yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain dan tidak mahu mendengarkan nasihat-nasihat orang lain terhadapnya. Makanya, kita ini yang berada di jalan tarbiyatul islam, patut terus istiqomah dengannya lantas mempunyai nilai-nilai positif dalam diri untuk dibuahkan pada akhlak yang syumul dan kamil. Ayuh! Kita bangkitkan nilai-nilai mahmudah yang ditonjolkan oleh sang murabbi kita ar-rasul Muhammad sallallahu alaihi wassalam di dalam jiwa kita ini! Hayya-hayya!

Dan sesungguhnya kamu(rasulullah) benar-benar berbudi pekerti yang agung” (68:4)

“…لو كان بيننا

If he (Muhammad rasulullah) were among us…..

0 comment:

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-