Wow, cinta..

|

Bismillah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Alhamdulillah, kita masih dikurniakan nyawa oleh Allah subhanahu wata'ala, untuk kita terus menerus mengumpul sebanyak mungkin "bekal" sama ada ke syurga atau ke neraka. Jika "bekalan" kita itu penuh dengan amal2 yg toleh, maka mengikut ketetapan-Nya, akan dihumban ke neraka-Nya dan jika kita itu penuh dengan amal2 yg soleh, maka juga mengikut ketetapan-Nya itu, maka akan dikurniakan Syurga, tetapi apakan daya manusia kerdil ini(penulis ini) untuk menentukan kita ini di destinasi yang mana, kerana semuanya itu bergantung kepada Rahmat Allah subhanahu wata'ala.

Wah, tajuk kali ini seperti menarik sekali, cinta...apa itu cinta? menurut kamus dewan edisi ke-4 cetakan pertamanya pada tahun 2005, menyatakan, cinta itu adalah, perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada ~ ( negara, orang tua, kebebasan, dll). Itu salah satu makna cinta itu sendiri, dan mengikut logik akal kita, jikalau kita rindu pada sesuatu/seseorang/apa2 sahaja, itu namanya cinta. Tapi, apa pandangan kamu semua tentang cinta?apakah cinta yang sejati?cinta yang hakiki?

Makanya, penulis pada saat ini, ingin menyedarkan dirinya dan sidang pembaca sekalian, siapakan cinta sejati kita? adakah siti?nur kasih?aspalela?(nama-nama ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia) jadi, siapa cinta sejati kita? masyaAllah, dengan mudah kita melafazkan cinta kita pada sesiapa yang kita mahu, sayang oh sayang, tapi tidak diikat dengan ikatan yang sah, itukah cinta sejati? buat makluman, itu adalah cinta sejat~eeee(menunjukkan kegelian penulis). Ayuh wahai pencinta-pencinta sekalian, kita sedarkan jiwa kita, cinta mana yang patut diprioritikan. Kita renung sejenak,lfikirkanlah tentang penciptaan langit, awan yang berarak, haiwan-haiwan yang cute-mute, tumbuhan-tumbuhan yang hijau merimbun, hidupan-hidupan yang bergerak-gerak di alam bumi ini, siapa penciptanya? subhanallah dan masyaAllah, sungguh jika kita lupakan Dia, kitalah bahan ciptaan yang paling hina. Kita ini siapa? tiada penciptakah kita? tiada tujuankah kita diciptakan?Renungkanlah bersama...

Sungguh, jika kita sudah kenal pencipta kita, dan kita ingin mencintai-Nya, apa yang perlu kita buat?hanya melafazkan dengan kata-kata?" oh, aku cinta padaMu...". Amalannya sama sahaja dengan pencinta-pencinta pengikut nafsu yang lain. Makanya, jika kita lihat tulisan pada penjuru atas blog ini, penulis telah menekankan tentang dua pedoman hidup kita yang Allah siapkan untuk kita hadamkan. Oleh itu, penulis ingin membawakan satu ayat dari Al-quran Karim yang berkaitan dengan apa yang perlu kita buat sekiranya kita mencintai-Nya. Ayat itu dari surah ke 3 (Ali-imran) , ayat ke-31 :


Maksudnya : " Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
IKUTILAH DIA.... bagaimana? Lihatlah pada tulisan blog di atas sekali, dua pedoman yg mesti kita pegang.. amalkan yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang.

Penulis ingin membawakan satu video pada para pembaca sekalian, video yang sangat menyentuh hati. Tontonilah hingga akhir video, anda akan mengetahui tentang cinta...

KLIK DI SINI untuk tonton.

wassalam wailalliqa'.. moga pembaca semua menemui cinta sejati kita...

1 Comentário:

Nadiah Arisya berkata...

Alhamdulillah..sungguh indah tulisan ini. Pagi2 dah dapat baca benda yang bermanfaat. Syabas.

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-