jom

|


Maksudnya : "Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan."[3:185]
(source : http://www.e-bacaan.com/bacaan003.htm)

Jadi, jiwa-jiwa yang masih mengaku dirinya masih berlegar2 di atas muka bumi ciptaan yang Maha Esa, masihkah kau ingat yang kau itu akan mati dan PASTI merasai mati?Tahukah bila akan ditarik nyawamu?terjaminkan kamu untuk mendapat ganjaran terbaik dari-Nya?.Ayuh! kita FOCUS! jangan tergoda lagi dengan kehidupan dunia yang penuh dengan kesenangan yang memperdayakan. bagi jiwa-jiwa yang sudah sedar akan tujuan hidup nya di atas muka bumi ini, jangan kau biarkan jiwa-jiwa saudara dan manusia-manusia lain terkapai-kapai bak buih-buih di lautan, mereka juga mahukan kesenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi di alam yang juga kekal abadi. Apa pernah kau mendengar nyanyian seorang penyanyi di tanah melayu ini..KERANA KAU, KU MASIH DI SINI..apa maksudnya??maksudnya..kerana kau wahai jiwa-jiwa yang sudah kenal tujuan hidupnya yang tidak menarikku untuk bersamamu, aku masih di sini tercari-cari apa sebenarnya erti hidup. Aku masih di sini terkapai-kapai bersama arus jahiliyah 'moden'.


Jadi, sekali lagi diri daif ini mengingatkan dirinya sendiri dan saudara-saudaranya sekalian, kita kembalikan kegemilangan yang sudah hilang ditelan zaman jahilyiah, kita kembali kepada titik permulaan pembinaan peribadi muslim itu sendiri, kita jadikan MUHAMMAD s.a.w itu sebagai contoh tauladan sehingga matinya kita, kita bukak mata dan lapangkan hati kita untuk bersatu dengan saudara-saudara islam kita yang lain!Ayuh, jangan dikau futur dengan tohmahan2, dugaan2, cabaran2, tribulasi duniawi. Itu semua perlu dihadapi untuk meraih ganjaran dari-nya yg tidak terperi.



Sudah jiwa-jiwa kalian bersedia untuk bangun menge"shift your paradigm"?

0 comment:

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-