الأرض

|



Bismillahirrahmanirrohim...

Assalamualaikum w.r.tullah to all readers...

Pertama2 nya...ana memohon maaf dari semua kerana agak lama tidak meng'update' blog ini..Sudah berhabuk tulisan2 link blog ni. Disebabkan kesibukan dunia yang ana tempuhi, maka blog ini ibarat barang yang dilempar ke suatu tempat dan ditinggalkan dengan lamanya, sehinggalah diambil semula barang itu untuk dibersihkan habuk2 yang melekat di sekitar badannya.

Umat islam di dunia ini sekarang semakin sibuk mengejar dunia dan melupakan akhirat. Contohnya, sebuah negara yang pesat membangun di asia tenggara yang diberi nama Malaysia, majoriti penduduknya adalah penganut muslim. Bagaimana dikatakan mengejar dunia itu wahai pembaca sekalian? Lihatlah betapa banyaknya masjid2 dibina tetapi dijadikan sebagai tarikan pelancong. Allah berfirman dalam surah At-Taubah,ayat 109 yang terjemahannya:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim. "

Allah telah memberitahu, masjid2 yang dibina atas dasar taqwa adalah lebih baik. Di zaman yang penuh teknologi hebat ini, masjid2 hanya menjadi hiasan. Ada yang berkilau,kristal, besi, emas dan sebagainya. Subhanallah, mari lah sama2 kita renungkan, masjid ini untuk apa sebenarnya??

Tujuan pena ana berlegar di blog ini bukanlah untuk menceritakan fungsi masjid, tetapi mahu menekankan pada kehidupan dunia. Sememangnya dunia ini penuh dengan permainan dan perhiasan yang tidak kekal. Seronokkan kita atas bumi? Allah berfirman lagi dalam surah Al-An`aam,ayat 32 yang terjemahannya:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

Memang tak dinafikan, kehidupan dunia ini penuh dengan permainan dan hiburan. Tetapi, kekalkah semua ini?Tidak sama sekali. Bukti dah ada depan mata. Dah berapa ramai orang yang mati?Dah berapa banyak pokok2 yang kering dan mati?mati..mati...mati...Ini tandanya dunia tak kekal.

Jadi, bagaimana?digelar muslim tapi mengejar dunia. Disebutkan dalam sebuah hadith rasulullah dalam matan `arbain(hadith 40):

Maksudnya: " Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya." Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Sepatutnya, sebagai seorang muslim, kita akan cuba mencari amalan2 yang mendekatkan diri kepada Allah dan bukanlah amalan2 yang sia-sia termasuklah mengejar dunia. Sama-samalah kita beringat yang dunia ini adalah sementara, akhirat jua yang kekal selamanya.
...renungan buat diri sendiri dan rakan pembaca sekalian...

6 comment:

ibnu azlan berkata...

haa...btul3.

boikot masjid kristal!

ibnu adnan berkata...

hurmm..kita ambiklah iktibar di sebalik apa yg telah terjadi..lihat tang mana silapnya manusia tu...

wallahu`alam..

'aifa berkata...

boikot masjid kristal?
watpe nk boikot? huhu.

astaghfirullahhal'azim :'(
hadhari2 ayuh2!
hadhari2 kita maju!
hadhari2 bersatu!
hadhari2 kita maju!

majulah kita ke gerbang akhirat.
manusia mmg tidak lari dri kesilapan.
maafkanlah ana jika ada terkasar bahasa, terguris hati, terbuli anta ke..haha.
kite kan adik beradik.hehe..

fieqa berkata...

salam~

love to read..

nice thought!..
tersentak membacanya!

btul3.
manusia skrg ramai terperangkap dgn penyakit wahan.
iaitu cintakan akan dunia..
astaghfirllah.
kadangkala ku juga tidak ketinggalan.

mge Allah ampunkan segala kekhilafan kita,amiin..


teruskan menulis..=)

zanurul wani berkata...

addunya sijnul mu'minin wa jannatul kafirin~

lihat di mana silap dan perbaiki

bukan terus menunding jari, menyalahkan sesama sendiri dan terus berbalah tanpa mencari penyelesaian~

dunia tapak semaian akhirat~

marilah bercucuk tanam, sama2 kita menyemai hasilnya di sana nanati, insyaAllah!

-man ana- berkata...

yes!!..lihat pada kesilapan dan perlukan pada tindakan susulan..bukan mencari dan terus mencari cacat cela tanpa penyelesaian.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh duni akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang bertanya: " Apakah kerana kami sedikit ketika itu?" Nabi S.A.W. menjawab: " Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama buih di waktu banjir." "Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'." Seorang sahabat bertanya:"Apakah wahan itu hai rasulullah?" Nabi lalu menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati."
(Hadith riwayat Abu Daud)

Masa yang Rasulullah kita katakan telah pun tiba tanpa kita sedar atau tidak. Lihat saja umat islam sekarang,begitu mudah diinjak2, di segah, diperkosa maruah umat islam tanpa segan silu. Dek kerana itulah, umat islam mesti BERSATU di bawah AQIDAH yang satu dan bangkit kembali!!..

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-