engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang,
tapi rosak oleh pujian,
engkau ingin berjuang,
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
engkau ingin berjuang,
tapi tidak begitu setia kawan
engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup berkorban,
engkau ingin berjuang,
tapi ingin jadi pemimpin,
engkau ingin berjuang,
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang,
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang,
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang,
tapi rosak oleh ujian
engkau ingin berjuang,
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
engkau ingin berjuang,
masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang,
kerenah isteri tidak engkau tahan
engkau ingin berjuang,
rumah tangga lintang pukang
engkau ingin berjuang,
diri tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang,
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang,
janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang,
kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang,
tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang,
anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang,
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang,
kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang,
pandangan engkau tidak selaraskan
engkau ingin berjuang,
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang,
iman dan taqwa engkau lupakan
yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?
yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?
5 comment:
salam,,bagoz org yg suka koreksi diri nie...sifat umar r.hu..
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
Yang cepat mengalah,
Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
-Aku menghitung diri-
salam..to zanurul wani..first of all..tq for the very "zuuq" comments..ana(admin) juz copy this poem or sajak from the source(at the bottom of the entry)..ada yg reflect kat ana and ada yang tidak..ana cuma memikirkan apa yang ana dah buat yang ana blum perbaiki..and then,ana akn cuba perbaiki dari sms ke smse..memang sunnatullah orang berjuang dlm dakwah adlh tidak mudah..but time by time..i`ll improve myself..again,i really apprciate ur cmment..subhanallah..
maaf if comment tu buat nta terasa..itu cuma monolog dalaman gadis pengemis redha ilahi, kongsi untuk kebaikan bersama, insyaAllah~
la ba`s..apa sahaja teguran ana akan cuba terima dengan hati yg terbuka..
to all readers..do not hesitate to say sumthing.."fazakkir fainnazzikro tanfa`ul muminin"..peringatan itu sngt berguna untuk org beriman..
-pencari kebenaran-
Catat Ulasan