kapel ke kawen?(extension)

|

Assalamualaikum semua, memandangkan banyaknya permintaan yang menginginkan aku utk menyambung penulisanku ini, aku akan sambung, tapi mungkin tidak sekaligus menghabiskan penulisanku berkenaan tajuk ini. Aku mintak maaf ya semua.
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaualn yang ditegah oleh islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti YAHOO MESSENGER(YM), SMS, e-mail, dan friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan . Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja. Kadang-kadang perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredehaan manusia dalam kemurkaan Allah.Apabila wujud golongan yang menegah dan menunujukan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbulah konsep syahid. Sememangnya islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.Adakah salah seorang nisa` dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa` terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka..."(An-nur:30) "dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang beriman yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka..." (An-nur:31)

11 comment:

fieqa berkata...

salam....huhu..rely meaningful..byk mengingatkan ana y sering lalai n jahil ini...
nt sambung la lg ye..syukran...

Daffodil berkata...

salam
ana kadang2 keliru..
keliru dgn perangai ikhwah dan akhawat yang dikatakan 'alim'...
biar ana ceritakan sedikit pasal diri ana
seorang hamba Allah y baru sahaja tersedar dari lamunan panjang
Alhamdulillah dibukakan hati untuk memahami islam
seorang yang taktahu tujuan hidupnya sebelum ini
dan sekarang..
baru kusedar..alhamdulillah.syukur.

transformasi identiti
itu yang berlaku pada diri ana skrang..
ramai yang perasan perubahan pada diri ana

dan tanpa ana sedar
ana sekarang menjadi seorang akhawat..masih bertatih..
masih sedikit ilmu di dada
ana sendiri tidak berani melabelkan diri ana sebagai seorang akhawat..
harap faham...saya masih baru~

yang membuatkan ana sedikit keliru dan pening adalah..
ku ingin melakukan perubahan..tapi yang lain tidak memahami..
narrow the skop....
ana dahulunya seorang ynag sgt2 friendly and tegur semua orang..baik lelaki dan perempuan

ingin berubah
taknak tegur lelaki..
tapi mereka yang tegur ana
mungkin ini nampak tiada yang serius
entahlah..
sukar untuk describe pasaan ni..

one phrase:
ana nak berubah..taknak tegur n senyum pada lelaki yg bukan muhrim..
ana cuba kuatkan hati..
tp kadang2 hampa..
tiba2 datang fikiran :
"kenapa nak berubah..jadi la dirimu yang sebenar"

tp..
tidak!
tak boleh
diriku yang sebenar amat teruk.
hurmm

maaf..
meleret..
ana taktahu nak gtaw camne..
tergerak hati untuk komen lepas baca post nni..

harap dapat bagi sedikit pendapat..
syukran

-man ana- berkata...

salam..buat ukhti natasya...permasalahannya sekarang..cuba sama2 kita renungkan...

kita nak dapat redha manusia dan mendapat murka Allah atau murka manusia dan redha Allah??mana satu yang kita mahu...semestinya yang kedua...

langkah yg enti ambil sudah bagus..teruskan..dan jgn berputus asa...ana ckp ni sambil mengingatkan diri ana yg x seberapa..

Ingat..Allah sentiasa bersama orang2 yg bersabar.. :)

tu je kot...

wassalam....

-man ana- berkata...

satu lagi...cuba rujuk tafsiran surah annur ayat 30 ke 31...

Daffodil berkata...

terima kasih atasnya..

matakucing berkata...

verily, after each difficulty there is a relief... ALLAH said

Farah berkata...

salam.erm.yeah.nice post..x sbr nk tunggu smbungannye.

IBNUSIS berkata...

bgs mir
teruskan usaha
ana akan support anta
sama2 lah kita berjihad

Tanpa Nama berkata...

fuh...hebat, padat, dan bermanfaat!

najihah iman berkata...

salam ziarah~

truskn penulisan ini-
insyaAllah,bermanfaat utk smua~
*keep it up*

PuteriBonda Anis berkata...

post yg bagus..
teruskan menulis..
sy fhm aper yg dirasai natasya azwin kart atas tue..
kos, sy pown sedikit sbyk merasai aper yg dyer lalui..
eg..
tanak tgur, tp, dey ol yg tegur..
tatau nak gtau dyer caner..
tp, ape yg saya wat, sy elakkan dr mereka2... uhuhu...
dalam ym ker... uhuhu...
dgn harapan, sy dapat jg hati sy ini... insyaAllah..

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-