Kebebasan

|



Assalamualaikum, bros and sis sekalian.. 
skali lagi kita bertemu di laman sesawang (dah bersawang pon..hehe) man ana.. hopefully anda semua masih semangat... bertenaga dalam menghadapi dunia yang penuh dengan ujian-ujian, fitnah, pancaroba dsd. (dan sewaktu dengannya)... 

Kalau dilihat tajuk entry kali ni.. kebebasan.. semua orang menginginkan satu bentuk kebebasan yang abadi.. tidak terbelenggu dari "penjajahan". Sememangnya, ramai dari kalangan manusia belakangan ini merasakan diri mereka sudah bebas. tetapi sebenarnya TIDAK!! kerana apa? kerana hakikat kebebasan yang dirasai manusia pada ketika ini adalah satu kebebasan yang palsu.. jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan ya??

SISTEM MANUSIA BIASA : Kita cuba imbau kenangan silam diri kita.. detik2 kelahiran kita di bumi, ibu kita menyusukan kita, kita membesar, masuk tadika, membesar lagi, masuk sekolah rendah, menghadapi pelbagai ujian bulanan, peperiksaan, UPSR, membesar lagi, masuk sekolah menengah, kena ambil bermacam-macam lagi ujian bulanan, peperiksaan akhir tahun, kena belajar sampai nak pecah otak ( betul ke?), ambil PMR, SMA (sijil menengah agama), SPM, dan AKHIRNYA.... (belum berakhir lagi...) tamat persekolahan.. kita membesar lagi.. tahniah, melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, seterusnya ke universiti ternama, terpaksa bersengkang mata tak tidur malam menyiapkan ASSIGNMENTS, TUTORIALS, PRESENTATIONS, dll. melalui bermacam2 test, quiz, exam, hingga graduasi, mendapat tawaran bekerja, berkahwin, naik pangkat, dapat anak,  pencen, duduk rumah, pulang ke rahmat Allah.

KEBEBASAN APAKAH INI?

Bukanlah saya nak menidakkan keperluan untuk kita belajar, tapi adakah kita merasa bebas yang dalam erti kata lain, merasa tenang dengan hidup kita?jom kita perah otak, pecahkan kepala, cuba fikirkan, adakah dengan kita berada dalam SISTEM MANUSIA BIASA (seperti yang tertulis di atas), kita bakal mendapatkan satu bentuk kebebasan yang hakiki??apa yang dikatakan kebebasan yang hakiki itu??bagaimana untuk mendapatkannya??

Jom kita renung-renungkan, fikir dan komen.. hehe.. (^_^)

0 comment:

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-