Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan islam!

|




Hanya gerhana,
begitu pujukku pada jiwa yang lelah
lewat infarksi khilafah Uthmaniyyah.
.
Sedari engkau,
putih pernah lunturkan hitam,
saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
dengan sesuci air di multazam.
Tatkala merentap Mesir, Syria dari tangan Romawi,
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
bermandi darah, keringat dan air mata
agar nur islam terus menyala,
waima hamasah Crusader dan Monggol
tiada henti menghembus bara yang hampir padam.
,
Wahai jiwa yang gundah,
biarpun sekarang kita ibarat singa terikat,
kacau, rungsing dengan kealpaan diri
ditipu licik si tikus
biarpun dirantai kemunduran,
dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi,
dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
,
Namun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung-ganang dan padang pasir kita,
terlimpah kekayaan luar biasa,
sahsiah Islami pantas memugar kembali,
akhlak insan nazak diserang virus westernisasi,
wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
membina bangunan ummah pada satu paksi.
.
Ayuh,
kita tiupkan kembali ‘izzatul Islam.
Saat itu, Tonybee pasti kan terkesima
pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang,
dan Paramashdor kan mengigit jari,
pabila barisan Islam turun dari langit
membenarkan hitungannya!
.

November 3, 2006
Harold’s Cross, Dublin
Tempat Ketiga Sayembara Puisi Islam UK-Ireland 2006
(Antologi puisi Wilayah Cinta, GKLN 2007

2 comment:

abu idris berkata...

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

-man ana- berkata...

kata Thaqib Arsalan :
"Buat apa kita kumpulkan angka-angka kosong..."

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-