patient illuminates

|

Assalamualaikum to all my brothers in Islam and 'selamat sejahtera'..maafkan ana kerana sangat lamalah ana memikirkan idea untuk dinukilkan dalam blog ini. Kesibukan dunia mengalpakan ana. Mohon ampun daripada semua pembaca. May ALLAH bless u all.

So this time, i wanna talk about SABAR AND REZEKI. Sabar merupakan element yg sngt penting dalam medan perjuangan. Secara spesifiknya, medan perjuangan dakwah. Berdakwah dengan erti kata lain menarik orang lain ke arah islam dan kebaikan memerlukan pada kreativiti pemikiran dan juga kesabaran yang tinggi. Jika seseorang muslim yang melaksanakan dakwah islamiah tidak sabar, maka boleh jadi individu tersebut putus asa di pertengahan jalan. Rasulullah s.a.w sendiri, asalnya asing, baginda seorang yang menjalankan dakwah pada mulanya, baginda dilempar najis dan batu, dimaki, dipermain, dituduh ahli sihir dan bermacam lagi. Ini membuktikan jalan dakwah ini memang sebegitu rupa tetapi ingat, bukan mudah untuk ke syurga Allah. Jalan untuk ke syurga sememangnya berliku2 dan jalan ke neraka amatlah mudah iaitu dengan kita melaksanakan apa yg diharamkan oleh Allah dan meninggalkan apa yg diwajibkan atas diri kita. Jadi, berbalik pada konteks dakwah, bukanlah dengan satu cara, tapi gunakanlah dengan pelbagai cara.

Itu dari segi dakwah, bagaimana pula hendak sabar untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan?ada idea?.

Terdapat dalil alquran dan hadith yang mengatakan rezeki kita telah Allah tetapkan sejak azali lagi. Tetapi, yang menjadi persoalannya, adakah Allah memberitahu secara detail rezeki kita di masa hadapan untuk setiap manusia?. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik itu.
Berdasarkan satu hadith yakni hadith ke-empat, MATAN ARBAIN(hadith 40) yang dibukukan oleh imam an-nawawi:
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى اللهعليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً انُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِالرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَغَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِالْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُوَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا)). رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telahbersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadiseketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu diamenghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis REZEKInya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantasdia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang darikalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidaklebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahlisyurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awalkitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Anda dapat nampak satu perkataan yang ana bold. Perkataan rezeki. Persoalan yang ana nak rungkaikan atau bincangkan adalah hasil sesuatu usaha kita. Sebagai contoh, exam. Jangan ingat keputusan yang cemerlang dalam examination datang dari usaha kita sendiri. Sesungguhnya, keputusan itu Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Soalnya sekarang kita tak tahu menahu tentang keputusan itu atau dengan kata lain perkara itu adalah ghoib.

Baiklah, tuan2 pembaca yang budiman. Kita kaitkan keputusan(result) ini dengan kes suicide. Jika seseorang itu mengaitkan usahanya yang sungguh jitu dan bersungguh2 dengan keputusan exam, dan pabila dia dapat keputusan itu, didapati keputusan yang dia dapat adalah sangat rendah dan teruk. Individu tersebut berkemungkinan mempunyai perasaan yang sungguh syahdu, sedih dan pilu mengenangkan keputusannya itu. Terus, dia akan berfikiran, "Buat apa aku study susah2, buat apa aku hidup lagi atas dunia ni". Dan terus bunuh diri. Point nya di sini, jika individu tersebut mengaitkan keputusan tersebut dengan usahanya, kemungkinan dia akan tertekan dengan keputusan tersebut amatlah tinggi. Jadi, keputusan tersebut merupakan rezeki yang telah Allah tetapkan tetapi kita tidak tahu menahu akannya.

Rezeki adalah pemberian Allah. Ungkapan orang yang berbunyi" tak da rezeki la tu" adalah SALAH sama sekali. Contoh, seorang pelajar tidak mendapat keputusan yang bagus. Then , ibu bapa atau sesiapa akan datang padanya dan berkata "tak da rezeki lah tu". Ungkapan tersebut adalah sangat salah. Rezeki secara umumnya terbahagi pada dua iaitu nikmat(kebahagiaan) dan musibah(kecelakaan). Kedua2nya Allah telah tetapkan pada seluruh manusia untuk diuji sama ada bersyukur atau tidak hamba2-Nya ini. Jadi, apa sahaja yg menimpa kita sama ada nikmat atau musibah, sesungguhnya terdapat hikmah di sebalik pemberian kedua2nya itu.

Seseorang muslim sepatutnya hanya memfokuskan pada usaha nya. Keputusan itu Allah sahaja yang tahu. Maksudnya, apa sahaja keputusan yang individu tersebut dapat, dia akan redha,sabar dan terus syukur. Jadi, apabila seseorang itu tidak mengaitkan sesuatu keputusan dengan usahanya, maka kemungkinan untuk dia tertekan dengan keputusan tersebut adalah sangat rendah. Apabila tidak tertekan, maka kes2 seperti bunuh diri, jenayah dan apa jua akan berkurangan. Dan insyaAllah hidup manusia di muka bumi ini akan lebih aman dan makmur.

Contoh yang lain, dalam peristiwa pembakaran nabi Allah Ibrahim a.s, terdapat sekumpulan burung yang bertenggek di atas pokok berdekatan dengan tempat pembakaran tersebut. Tiba2 seekor burung dari kumpulan burung tersebut bersuara "kita tak nak ke tolong padamkan api tu?". Burung2 yang lain bersuara "apa ko ingat boleh terpadam ke?". Burung yang satu tadi tanpa mempedulikan kata2 burung yang lain terus pergi mencari air. Apabila sampai di satu tempat yang ada air, burung itu memasukkan air tersbut dalam paruhnya. Bayangkan, dengan paruhnya yang kecil, burung itu terus mengambil. Burung itu terus mengulangi perbuatan yang sama sehingga suatu ketika burung2 yang lain bersuara "apa kau ingt dengan air yg sikit dalam paruhmu itu boleh memadamkan api besar yang sedang marak itu?". Burung itu pun bersuara " sesungguhnya di akhirat nanti Allah akan tanya usaha kita, bukanlah hasilnya". Jadi, kita dapat ambil iktibar melalui peristiwa ini bahawa usaha itu amatlah penting dan ditekankan dalam islam, bukanlah hasil atau keputusan.

setakat itu sahaja..ilalliqa` wassalam..

4 comment:

'aifa berkata...

wahh..sejibik mcm abg cerite pas solat subuh arituh! baguss2 :) thanks sbb mengingatkan aifa dan adik2 yg lain :) pasni wat lah lagi.

-man ana- berkata...

insyaAllah..biiznillah..

Zayana Yusof berkata...

perlu berusaha,
lepas usaha berserah.
berserah tu pun memerlukan kesabaran jugak.

good2.

morsmode berkata...

sabar dengan soalan orang lain yang bertalu-talu.

Live:Masjidil haram

 

©2009 - مَنْ أنَا - | Edited by -man ana-